Tuesday, June 24, 2014

Kecemerlangan Pendidikan Terengganu jadi model (sman)

KUALA TERENGGANU: Pengauditan dijalankan antara Ogos hingga November 2013 mendapati pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu adalah memuaskan dari segi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Ini turut meliputi prestasi kemudahan sekolah dan asrama serta prestasi pengurusan aset, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
SMAN merupakan institusi pendidikan menengah milik kerajaan negeri Terengganu dan diuruskan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid (Jabatan) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Pihak audit mengesyorkan pencapaian prestasi SMAN boleh ditingkatkan melalui penambahbaikan beberapa kelemahan seperti jadual perancangan dan laporan pelaksanaan program kecemerlangan pelajar yang lebih terperinci.

Selain itu kemudahan asas dan asrama yang kurang sempurna dan tidak kondusif perlu diatasi selain mengatasi pelupusan aset yang tidak dilaksana dan mengatasi peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih yang tidak mencukupi. 

Kecemerlangan pendidikan Terengganu jadi model

KUALA TERENGGANU 12 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan kemungkinan kecemerlangan negeri ini dalam bidang pendidikan akan dijadikan model untuk diaplikasi di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Menurut beliau, kejayaan yang turut didorong konsep ulul albab yang dicetuskan bekas Menteri Besar yang juga Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh selain komitmen semua pihak termasuk kepimpinan Jabatan Pendidikan negeri dan warga sekolah wajar diteladani.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan menggambarkan, ia hasil kesatuan peranan kementerian serta kepimpinan kerajaan negeri dari era Idris sehinggalah kepimpinan sekarang.
"Begitu juga komitmen peringkat negeri iaitu Jabatan Pendidikan negeri, peringkat daerah dan yang terpenting adalah komitmen pengetua dan guru besar serta pimpinan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
"Saya fikir itu kenyataan yang tak boleh kita nafikan, kalau model Terengganu boleh diangkat dan dijadikan model nasional, kuranglah masalah kepada Menteri Pendidikan," katanya ketika berucap melancarkan Program Transformasi Kepimpinan Pengurusan Sekolah Negeri Terengganu 2014 di TH Hotel & Convention Centre di sini hari ini.
Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada rakyat negeri ini atas pencapaian serta kecemerlangan dalam bidang pendidikan khususnya peperiksaan awam sebelum ini.
Jelasnya, negeri ini berjaya mencapai Gred Purata bagi semua peperiksaan awam sekali gus mengatasi Gred Nasional pada tahun 2013.
Selain itu, kata Muhyiddin, negeri ini juga menjadi ‘juara’ dalam keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 11 tahun berturut-turut bermula tahun 2002 selain menduduki tempat kedua pada 2012 dan 2014.
"Saya juga ucap tahniah kerana dalam Gred Purata Penilaian Menengah Rendah (PMR), Terengganu mencapai 2.55, terbaik negara untuk tiga tahun berturut iaitu dari 2011, 2012 dan 2013.
"Juga tahniah dalam Gred Purata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencapai 4.90 pencapaian terbaik negeri dalam tempoh 13 tahun. Bagi STPM mencapai 2.51, terbaik dalam tempoh 11 tahun bermula 2003.
"Gred Purata bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) capai 2.51, terbaik di Malaysia untuk tahun 2013 dan peratus murid yang dapat SPM, 89.30 peratus tertinggi dalam kalangan jabatan pendidikan negeri seluruh negara," jelasnya.

No comments:

Post a Comment