SM Imtiaz K.Trg Buat Kejutan
Apr. 28 Am, Kurikulum no comments
SMIYT KTRG SBT, 28 April : SM Imtiaz K.Trg telah melakar sejarah dalam bidang sukan apabila menggondol Johan Keseluruhan Sukan MASMAT dan Johan keseluruhan Perempuan dalam pertandingan sukan MASMAT akhir yang telah diadakan di SMA Setiu baru-baru ini.
Dengan menghantar 5 pasukan dalam acara Bolajaring Men. Atas, Bola Jaring Men. Ren, Pingpong Perempuan Men. Atas, Pingpong Perempuan Men. Ren dan Bolatampar lelaki, pasukan sekolah telah berjaya menewaskan sekolah lain dengan membawa pulang 4 Johan dan 1 Naib Johan sekaligus dinobatkan Johan Keseluruhan temasya sukan tersebut.
Bukan itu sahaja, pasukan kompang sekolah juga telah muncul Naib Johan Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan pelajaran Negeri Terengganu bvaru-baru ini.
Penghargaan mereka dan hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah semasa perhimpunan sebentar tadi
Tahniah kepada pasukan sekolah di atas kejayaan itu.



Keputusan
Bola Jaring Men. Ren – JOHAN
Bola Jaring Men. Atas – NAIB JOHAN
Pingpong Perempuan Men. Atas – JOHAN
Pingpong Perempuan Men. ren – JOHAN
Bola Tampar Lelaki – JOHAN
JOHAN KESELURUHAN PEREMPUAN – SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU
JOHAN KESELURUHAN SUKAN MASMAT AKHIR – SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU
Tags: masmat
Peserta MASMAT Akhir Diberi Penghargaan
Apr. 29 Kokurikulum no comments
KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Baru-baru ini SM imtiaz Kuala Terengganu telah melayakkan diri ke pringkat akhir Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama ( MASMAT ) yang telah di adakan di UiTM Dungun, Terengganu.
Dalam temasya tersebut pasukan sekolah telah berjaya mendapat 4 JOHAN iaitu Badminton Lelaki Atas, Bola Jaring Atas, Pingpong Perempuan Atas, dan Pingpong Perempuan Bawah ,2 Naib Johan iaitu Bolasepak Menengah rendah dan Bola JaringPerempuan Rendah serta 1 bagi tempat ketiga iaitu Badminton Perempuan Atas.
Bagi mengenang jasa mereka yang telah banyak membantu bagi menaikkan nama sekolah, satu majlis penghargaan telah di adakan di Dewan Asyatibi petang tadi. Semua hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Ustazah Faidahnam binti Busu dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.
Tahniah dan syabas
Tags: masmat
Selamat Berjuang Wira dan Wiraku
Mar. 21 Kokurikulum no comments

KUALA TERENGGANU, 21 Mac : Petang ini satu perjumpaan khas semua pengurus, jurulatih dan peserta sukan MASMAT telah di adakan di dewan Asyatibi.
Esok 22 Mac akan bermula Pertandingan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agamat Terengganu ( MASMAT ). SM Imtiaz K.Trg telah diundi bersama empat buah SM Imtiaz lain dalam satu kumpulan iaitu bagi Zon D.
Antara acara yang akan dipertandingkan adalah bolasepak Menengah Atas & Bawah, Bola Tampar, Sepak Takraw, Pingpong, dan Bola Jaring.
Satu taklimat khas telah di adakan dimulai dengan ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Md Nor bin Yahya. Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi kata-kata semangat untuk peserta sukan sekolah. Beliau berharap sebagai tuan rumah bagi temasya kali ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya dapat mewakili Zon D ke peringkat Akhir yang akan berlangsung di SM Sultan Ismail Dungun nanti.
BERJUANGLAH WAHAI WIRA DAN WIRAKU, BANGKITLAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
MASMAT Akhir – SM Imtiaz K.Trg Johan Keseluruhan Perempuan
Apr. 12 Am, Kokurikulum no comments
KUALA TERENGGANU , 12 April : Tahniah kepada pasukan sukan MASMAT perempuan sekolah ini yang telah dinobatkan johan keseluruhan bagi pertandingan Majlis Sukan Sekolah Agama Terengganu yang telah diumumkan semalam di Gong Badak Kuala Terengganu.
Dengan membawa gelaran 3 johan dan 1 naib johan telah mengalahkan pasukan dari sekolah lain. Manakala peserta lelaki hanya mendapat naib johan sahaja.
Keputusan rasmi yang melibatkan sekolah ini sahaja.
Pingpong perempuan menengah atas – JOHAN
Pingpong perempuan menengah bawah – JOHAN
Bola Jaring menengah rendah – JOHAN
Bola Jaring menengah atas – NAIB JOHAN
Sepaktakraw menengah atas – NAIB JOHAN
Pingpong lelaki menengah atas – NAIB JOHAN



TAHNIAH UNTUK ANAK-ANAK AL FATEH
Sukan MASMAT Akhir 2014
Apr. 10 Am, Kokurikulum no comments
SMIYT KTRG SBT , 10 April : Kontinjen SM Imtiaz Kuala Terengganu berjanji akan membawa kemenangan dalam pesta Majlis Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama Terengganu ( MASMAT ) yang bermula hari ini dan akhir esok.
Semangat ini perlu digalas oleh semua peserta bagi meraih kemenangan berganda. Harapan semua warga Imtiaz K.Trg semoga membawa kejayaan.
Kontinjen sekolah ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir iaitu Pingpong lelaki ( Menengah Atas ) ,Pingpong perempuan ( Menengah Atas dan Bawah ) , Bola Jaring ( Menengah atas dan bawah ) danSepak Takraw ( Menengah Atas ).




MASMAT Awal , Imtiaz Kuala Terengganu Mula Langkah Kanan
Mar. 11 Am, Kokurikulum no comments
SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sekalung tahniah dan setinggi ucapan syabas kepada kontinjen sekolah ini yang telah berjuang dalam menghadapi pesta sukan MASMAT Peringkat awal yang telah bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac yang lalu di SM Imtiaz Kuala Berang.
Dalam temasya tersebut kontinjen pasukan perempuan dinobatkan johan keseluruhan dengan memenangi 4 acara iaitu Bola Jaring Menengah atas dan Bawah , Pingpong Menengah atas dan bawah manakala kategori lelaki Sepaktakraw menengah atas.
Pasukan tersebut akan mewakili peringkat akhir yang akan di adakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) tidak berapa lama lagi.
Tahniah !!!!




Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
” AL FATEH DRIVEN UMMAH “
Tags: masmat
Semangat Juang Al Fateh
Mar. 06 Am, Kokurikulum no comments

SMIYT KTRG SBT , 6 Mac : Majlis penyerahan bendera sekolah ke Sukan MASMAT telah diadakan petang kelmarin yang disaksikan oleh Puan Pengetua seterusnya menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen untuk berjuang bagi merebut peluang dalam acara sukan.
Pertandingan ini diadakan bermual petang inidan berakhir petang sabtu nanti. SM Imtiaz Kuala Berang menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Sebanyak 5 buah sekolah akan menyertai acara ini yang terdiri SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Kemaman , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Terengganu dan SM Imtiaz Kuala Berang.
Semoga semangat Al Fateh terus berada di dalam jiwa peserta sekolah ini.

No comments:
Post a Comment