KARNIVAL IHTIFAL ILMI SANAWI 2012 dan 2013

KARNIVAL IHTIFAL ILMI SANAWI

PROGRAM : KARNIVAL IHTIFAL ILMI SANAWI
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH
TARIKH : 29 - 30 OGOS 2013
HARI : KHAMIS  & JUMAAT
PERASMIAN OLEH : YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI MOHD ROZALI BIN SALLEH

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL IHTIFAL ILMI SANAWI
KALI KE 44 / 2013
PERINGKAT AKHIR

Semua acara terbahagi kepada 3 kategori iaitu Menengah Rendah, Menengah Atas dan Menengah Tinggi dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
  • Tilawah Al-Quran
  • Hafazan Al-Quran
  • Tafsir
  • Nasyid
  • Kuiz
  • Bahas 



Karnival Ihtifal Ilmi Sanawi 2012 Zon 3 bagi Sekolah Menegah Agama Terengganu telah berlangsung selama 2 hari iaitu 20-21 April 2012. Sma Khairiah telah terpilih menjadi tuan rumah bagi karnival ini yang melibatkan 4 buah sekolah iaitu Sma Khairiah, Sma Atas Sultan Zainal Abidin, Sma Ladang dan Sma Marang. Sma Khairiah telah menyertai sebanyak 11 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Acara Bahas, Acara Kuiz Menengah Rendah dan Atas, Acara Hafazan Menengah Rendah dan Atas, Acara Hafazan Menengah Rendah dan Atas, Acara Tafsir Menengah Rendah dan Atas dan Acara Nasyid Menengah Rendah dan Atas.

Antara 11 acara yang dipertandingkan, Sma Khairiah telah berjaya memenangi 10 acara yang dipertandingkan. Antaranya:

Johan:
  1) Tilawah Menengah Atas
  2) Tilawah Menengah Bawah
  3) Nasyid Menengah Bawah
  4) Tafsir Menengah Atas

Naib Johan:
  1) Nasyid Menengah Atas
  2) Tafsir Menengah Bawah
  3) Kuiz Menengah Atas
  4) Tafsir Menengah Atas
  5) Hafazan Menengah Atas
  6) Hafazan Menengah Bawah

Sma Khairiah telah berjaya menyertai ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 4-5 Mei 2012 di Sma Marang. Pihak Sekolah mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.


SALAH SATU ACARA YANG DIPERTANDINGKAN IAITU PERBAHASAN 
    

    

    

    

No comments:

Post a Comment