Duta Amerika Melawat Sekolah Menengah Agama Khairiah Di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Bernama) — Duta Amerika ke Malaysia Paul W Jones dan rakan sejawatan beliau dari Malaysia Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis akan melawat Sekolah Menengah Agama Khairiah di sini Rabu.
Dalam lawatan itu, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan para guru dan pelajar sekolah berkenaan serta menyaksikan sesi pengajaran yang dikendalikan seorang pembantu pengajar bahasa Inggeris (ETA) di bawah program Fulbright, kata Pejabat Akhbar kedutaan Amerika dalam kenyataan di sini.
Program ini dibiayai bersama oleh Geran Fulbright Jabatan Negara Amerika dan kerajaan Terengganu.
Di bawah program ini, siswazah muda lepasan universiti Amerika akan membantu guru bahasa Inggeris di seluruh Terengganu mengajar mata pelajaran itu selama 10 bulan.
Program ini kini memasuki tahun keenam pelaksanaannya dan kumpulan terbaru seramai 17 pembantu pengajar itu tiba di negeri ini pada 27 Jan dan ditempatkan di sekolah tertentu di pelbagai daerah di Terengganu.
Pembantu pengajar ini adalah bekas pelajar pelbagai universiti Amerika yang telah mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan.
Program ini bertujuan memantapkan penggunan bahasa Inggeris di sekolah menengah melalui penglibatan penutur asal bahasa itu sebagai model yang mampu memberi maklumat dan pandangan tentang pelbagai aspek budaya dan masyarakat Amerika.
Pembantu pengajar berkenaan juga memberi sumbangan mereka dengan menubuhkan kelab aktiviti luar kurikulum yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Sebagai timbal balas, kehadiran mereka di Terengganu akan membantu petugas berkenaan lebih memahami budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat Amerika dan rakyat negara lain dalam memupuk keamanan dunia.
Lawatan Dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu
Terlebih dahulu Redang Digital ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu di atas kesudian mengadakan lawatan ke studio kami. Program lawatan ini telah diadakan pada 30 Oktober 2013 yang lalu.
Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan mengenai proses penerbitan animasi 3D dari pelbagai aspek seperti membina model 3D, penyediaan storyboard, proses 'video editing' dan banyak lagi penerangan-penerangan lain yang telah diberikan kepada para pelajar.
Asyik melihat video yang ditunjukan oleh Che Ku Afandi
Para pelajar melihat proses penerbitan animasi 3D
Bertanya cara-cara membuat storyboard kepada Che Ku Nasaruddin
Zakaria (duduk) sedang menerangkan cara menyediakan model 3D sambil diperhatikan oleh En Ahmad Azrin
Diharap pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Kuala Terengganu dapat menimba pengalaman baru serta menambah sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan animasi 3D.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat dalam program lawatan kali ini. Semoga apa yang dapat dipelajari di sini dapat dimanfaatkan sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat dalam program lawatan kali ini. Semoga apa yang dapat dipelajari di sini dapat dimanfaatkan sekaligus dapat menambahkan minat para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D.
No comments:
Post a Comment