Pertandingan Akhir Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan peringkat akhir akan diadakan pada hari ini Khamis 4 April bertempat di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin.
Sebanyak 8 buah pasukan akan berentap di peringkat akhir ini. Pendaftaran peserta akan bermula jam 8 pagi dan dijangka akan berakhir pada jam 1 petang. Sekolah-sekolah tersebut ialah:-
- SMAA Sultan Zainal Abidin
- SMA Maarif
- SMA Marang
- SMA Wataniah
- SMA Nurul Ittifakiah
- SM Imtiaz Kuala Terengganu
- SM Imtiaz Dungun
- SMKA Nurul Ittifaq
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTANDING!
 |
Pamphlet Pertandingan |
 |
Isi Kandungan |
 |
Urusetia Pendaftaran |
 |
Ketibaan peserta |
 |
Pendaftaran |
 |
Hakim Pertandingan |
 |
Proses mengundi menentukan giliran pertandingan |
 |
Proses mengundi |
 |
Peserta pertama |
 |
Juara...syabas...smaasza hebat! |
 |
SMAASZA Juara Pertandingan Kalam Jamaie bergambar bersama guru pembimbing |
Pasukan SMAA Sultan Zainal Abidin telah menjuarai Pertandingan Akhir Kalam Jamaie Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan pada hari ini Khamis 4 April yang berlangsung di Dewan Fikri SMAASZA.
Tempat kedua disandang oleh SMA Maarif manakala ketiga SM Imtiaz Kuala Terenggganu.
Dalam pertandingan ini kepetahan peserta berbicara dalam Bahasa Arab amatlah penting selain daripada peserta mesti mematuhi format atau peraturan pertandingan.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment